Hotel : Hotel 5* (Makkah) | Hotel 5* (Madinah) | TBC (Baitulmaqdis)
Tarikh : 1 Aug | 29 Aug | 11 Sep | 3 Oct | 31 Oct | 21 Nov | 5 Dec | 12 Dec | 19 Dec
Laluan : Makkah – Madinah – Baitulmaqdis
Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda.
+65 9698 7771
Info@travelconnect.sg
icon-tag Jenis Pakej : Fullboard
Hotel : Hotel 5* (Makkah) | Hotel 5* (Madinah) | TBC (Baitulmaqdis)
icon-calendar Tarikh : 1 Aug | 29 Aug | 11 Sep | 3 Oct | 31 Oct | 21 Nov | 5 Dec | 12 Dec | 19 Dec
icon-map-marker Laluan : Makkah – Madinah – Baitulmaqdis
(August 2023 – October 2023)
(November 2023 – December 2023)
Berkumpul di Changi Airport 3 jam sebelum keberangkatan dan bertolak ke Jeddah, Saudi Arabia.
Jemaah akan menjatuhkan niat Umrah sekitar 45 min – 1 jam sebelum mendarat di Jeddah. Setibanya di Jeddah, King Abdulaziz International Airport, para jemaah disambut oleh wakil kami yang bertugas disana bagi meneruskan perjalanan ke kota Makkah sekitar 2 jam, dengan menaiki bas berhawa dingin.
Check-in Hotel Al-Safwah & solat Jama’ Ta’khir Maghrib & Isyak di Musolla Hotel dan langsung melaksanakan Ibadah Umrah (Tawaf, Sa’ie & Tahallul)
Acara bebas.
Disarankan untuk memperbanyakkan ibadah; Tawaf Sunat, Solat Sunnah, Solat Berjemaah, membaca Al-Quran di Masjidil Haram.
Selepas sarapan pagi, memulakan ziarah menuju ke Jabal Tsur di mana terdapat Gua Tsur yang menjadi tempat persembunyian Rasulullah dan Abu Bakar RA daripada kejaran kaum Quraisy pada tahun 622M sewaktu penghijrahan Rasulullah SAW menuju ke Kota Madinah.
Seterusnya, para jemaah akan dibawa ke kawasan Padang Arafah iaitu tempat wukuf bagi jemaah haji, melawat Jabal Rahmah, yang diantara kisah yang dikenali adalah sebagai tempat pertemuan Nabi Adam dan Siti Hawa. Jemaah akan lalu Muzdalifah iatu tempat jemaah haji mengutip anak batu dan juga Mina dimana tempat jemaah haji bermalam.
Jemaah akan kemudian bertolak ke Masjid Ji’ronah untuk solat Sunat Ihram, berihram dan berniat untuk Umrah Kedua (Sunnah) atau Badal Umrah untuk mereka yang sudah tua & uzur atau pulang ke rahmatullah bagi yang ingin melaksanaknnya. (Tertakluk kepada permit)
Selepas sarapan pagi, para jemaah akan bertolak ke Taif (1 – 2 jam) menaiki bas. Jemaah akan ke Rose Farm untuk membeli-belah wangi-wangian bagi mereka yang berminat, dan ke pasar buah-buahan. Seterusnya akan melaksanakan solat Zohor jama’ dengan Asar di Masjid Ibn Abbas dan makan tengahari di restoran Arab di Taif.
Akhirnya jemaah akan pulang & sampai ke Makkah sekitar waktu Maghrib.
Selepas sarapan pagi, para jemaah dibawa ke Masjid Hudaibiyah, kawasan di mana berlaku perjanjian pertama di antara kaum Muslimin & Musyrikin yang dinamakan Sulhul Hudaibiyah (Perjanjian Hudaibiyah).
Di sini, jemaah akan solat Sunat Ihram, berihram dan berniat untuk Umrah Ketiga (Sunnah) atau Badal Umrah untuk mereka yang sudah tua & uzur atau pulang ke rahmatullah bagi yang ingin melaksanaknnya. (Tertakluk kepada permit)
Selepas Subuh, jemaah akan berkumpul untuk melaksanakan Tawaf Wada’ dan pulang ke hotel untuk sarapan & persiapan ke Madinah.
Check-out dari hotel selepas Zohor xdan berangkat menuju ke Stesen Keretapi. Jemaah akan mulakan perjalanan ke Madinah menaiki keretapi (2.5 jam – tertakluk kepada seat availability).
Setelah tiba di Madinah, check-in Hotel & menuju ke Masjid Nabawi untuk menunaikan Solat Fardhu.
Selepas Subuh & sarapan pagi di hotel, berkumpul di lobby untuk menziarah ke Masjid Nabawi dan Makam Rasulullah, Sy Abu Bakar as Shiddiq, Sy Umar ibn Al Khatthab.Jemaah akan dibawa ke Raudhah jika dapat permit.
Selepas sarapan pagi, para jemaah dibawa menziarahi tempat-tempat bersejarah di Kota Madinah seperti Masjid Quba, masjid pertama yang dibina pada tahun 1 Hijrah oleh Rasulullah S.A.W ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah. Jemaah dinasihatkan agar berwuduk di hotel penginapan dan berusaha mengekalkannya sehingga tiba di Masjid Quba dan bersolat sunat dua rakaat.
Seterusnya, jemaah akan melawat Kebun Kurma untuk membeli pelbagai barangan seperti kurma, kacang, coklat dan manis-manisan. Selepas itu, jemaah akan dibawa untuk lalu Masjid Qiblatain dan Masjid Khandaq. Akhir sekali, jemaah akan dibawa ke Jabal Uhud, tempat berlakunya peperangan Uhud, dimana pada masa itu tentera Islam hanya 700 orang muslimin melawan 3000 orang tentera musyrikin.
Acara bebas.
Disarankan untuk memperbanyakkan ibadah; Tawaf Sunat, Solat Sunnah, Solat Berjemaah, membaca Al-Quran di Masjid Nabawi.
Hari terakhir bagi para jemaah berada di Madinah.
Para jemaah disunatkan agar menziarahi Maqam Rasulullah S.A.W untuk ziarah selamat tinggal. Seterusnya jemaah kembali ke hotel untuk mempersiapkan diri untuk ke Baitulmaqdis.
Check-out Hotel & menuju ke Airport Madinah menaiki bas.
Check-in Airport Madinah untuk keberangkatan ke Baitulmaqdis (8.5 jam).
Tiba di Tel Aviv dan mulakan lawatan ke Masjid Al Aqsa & Dome of the Rock di mana Nabi Muhammad (saw) telah naik ke langit pada peristiwa Isra’ dan Mikraj.
Bermalam di Baitulmaqdis.
Menunaikan Solat Subuh berjemaah di Masjid Al-Aqsa.
Selepas sarapan, melihat pemandangan indah dari atas Mt. of Olives. Seterusnya, menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Aqsa. Kemudian menziarahi Maqam Nabi Daud AS, Salman Al-Farisi dan Rabiatul Adawiyah.
Bermalam di Baitulmaqdis.
Selepas sarapan, bertolak menuju ke Jericho dan melawat Maqam Nabi Musa dan melawat Jericho, salah satu bandar tertua di bumi. Melawat Istana Hisyam .
Teruskan perjalanan ke Dead Sea, tempat paling rendah di bumi, 400 Meter di bawah laut paras.
Bermalam di Baitulmaqdis.
Bertolak ke Hebron pula untuk menziarahi Masjid Al Ibrahimi, dimana terletaknya Makam Nabi Ibrahim AS & Isterinya Sidtina Sarah, dan seterusnya ke Halhul menziarahi Makam Nabi Yunus AS.
Akhir sekali ke Bethlehem, tempat lahir Nabi Isa AS.
Bermalam di Baitulmaqdis.
Menunaikan solat subuh berjamaah di Masjid Al-Aqsa.
Bertolak ke Tel Aviv untuk keberangkatan ke Istanbul.
Transit di Istanbul International Airport, Istanbul dan menaiki pesawat ke Singapore.
(August 2023 – October 2023)
1 August 2023 – 15 August 2023
29 August 2023 – 12 September 2023
11 September 2023 – 25 September 2023
3 October 2023 – 17 October 2023
31 October 2023 – 14 November 2023
(November 2023 – December 2023)
21 November 2023 – 5 December 2023
5 December 2023 – 19 December 2023
12 December 2023 – 26 December 2023
19 December 2023 – 2 January 2024