12H9M KEMBARA CINTA RASUL FEB – MAR 2023

0
Price
FromSGD4,388
Price
FromSGD4,388
Save To Wish List

Adding item to wishlist requires an account

989

Kenapa Travelconnect.sg??

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan??

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda.

+65 9698 7771

Info@travelconnect.sg

icon-tag Jenis Pakej : Fullboard
 Hotel : 4 Bintang
icon-calendar Tarikh  13 Feb  06 Mar 
icon-map-marker Laluan :  Amman (Jordan) – Baitulmaqdis – Cairo (Egypt)

Rooming Cost (Per Pax)
Itinerary

HARI 1SINGAPORE - ISTANBUL

Berkumpul di Changi Airport 3 jam sebelum keberangkatan ke Amman. Transit di Istanbul.

HARI 2ISTANBUL - AMMAN

Tiba di Amman.
Bertolak untuk lawatan ke Gua Ashabul Kahf (Cave of Seven Sleepers) dan menziarahi Makam Nabi Syuaib AS. Seterusnya, ke Teater Rom (Roman Theater). Rombongan akan menunaikan solat Zuhur di King Abdullah Mosque (مسجد الملك عبد الله الأول), Masjid yang dihiasi dengan kubah mozaik biru yang sangat megah.
Selepas itu akan menunaikan solat Asar/Maghrib pula di Masjid terbesar di Jordan, Masjid Raja Hussein (King Husseini Mosque).
Bermalam di Amman.

HARI 3AMMAN - BLESSED TREE - AMMAN

Selepas sarapan pagi, akan bertolak ke Safawi untuk melihat Pohon Sahabi (Blessed Tree), pokok yang dikatakan menjadi tempat Nabi Muhammad S.A.W. berteduh ketika dalam perjalanan ke Busra, Syria. Akan melalui kota Azraq dan melihat istana-istana zaman pemerintahan Umayyah.
Bermalam di Amman.

HARI 4AMMAN - PETRA - AMMAN

Bertolak ke simbol negara Jordan, Red Rose City of Petra. Petra yang bermaksud batu dalam bahasa Yunani (πέτρα), merupakan tarikan utama di Amman. Disini berpeluang untuk menaiki kuda.
Seterusnya akan melihat keunikan Dead Sea, lokasi paras air terendah di dunia.
Bermalam di Amman.

HARI 5AMMAN - ALLENBY BRIDGE - JERUSALEM

Bertolak ke Jerusalem melalui King Hussein Border (Allenby Bridge) dan meninjau Jericho City. Rombongan akan menunaikan Solat di Masjid Al-Aqsa.
Bermalam di Jerusalem.

HARI 6JERUSALEM

Solat Subuh di Masjid Al-Aqsa dan meneruskan lawatan ke Hebron (City of Khalilur Rahman) & menziarahi Maqam Nabi Ishaq AS & Isterinya Rifqa. Seterusnya ke Bethlehem dan menunaikan solat Zuhur di Masjid Sayyidina Umar.
Bermalam di Jerusalem.

HARI 7JERUSALEM - MT. OF OLIVES - HEBRON - BETHLEHEM - JERUSALEM

Selepas sarapan, melihat pemandangan indah dari atas Mt. of Olives. Kemudian menziarahi Maqam Nabi Daud AS, Salman Al-Farisi dan Rabiatul Adawiyah. Bertolak ke Hebron pula untuk menziarahi Masjid Al Ibrahimi, dimana terletaknya Makam Nabi Ibrahim AS & Isterinya Sidtina Sarah, dan seterusnya ke Halhul menziarahi Makam Nabi Yunus AS. Akhir sekali ke Bethlehem, tempat lahir Nabi Isa AS.
Bermalam di Jerusalem.

HARI 8JERUSALEM - MAQAM NABI MUSA - TABA

Menuju ke Jericho untuk menziarahi Makam Nabi Musa AS. Dibawa ke Taba sambil melawat St. Catherine dan Suez.
Bermalam di Taba.

HARI 9TABA - CAIRO

Selepas sarapan di hotel, berangkat ke Cairo dan check-in hotel di sana.
Bermalam di Cairo.

HARI 10CAIRO - ALEXANDRIA - CAIRO

Bertolak ke kota di persisiran laut Mediterranean, Alexandria. Melawat Montazah Garden Palace, dan Citadel of Qaitbay, sebuah kubu yang diasaskan pada zaman Mamluk. Di sini juga tempat persemadian dua tokoh sufi abad ke-6 Hijrah, Sidi Al-Morsi Abu Al-Abbas, dan Imam Al-Busiri, pengarang Qasidah Burdah. Makam Nabi Daniyal AS juga terdapat di sini.
Bermalam di Cairo.

HARI 11CAIRO - GIZA - CAIRO - ISTANBUL

Bertolak ke Giza melawati The Great Pyramid, salah satu keajaiban dunia dan piramid terbesar di dunia. Juga dapat melihat Sphinx dengan dekat, dan menikmati keindahan sekitar yang menakjubkan.

Seterusnya akan dibawa ke Egyptian Museum, dan meninjau lebih 170,000 artifak sejarah yang terkandung di sana.

Akan bertolak dari Cairo Airport untuk penerbangan ke Singapura.

HARI 12ISTANBUL - SINGAPORE

Transit flight di Istanbul untuk penerbangan pulang ke Singapura.

Tour Detail

Tarikh

 13 February 2023 – 24 February 2023 

 06 March 2023 – 17 March 2023 

Harga Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk segala cukai penerbangan
  • Hotel penginapan bertaraf 4* sepanjang lawatan
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa
  • Makan - Fullboard
  • Ketua rombongan yang terlatih profesional dari TravelConnect.sg
  • Jordan Visa
  • Egypt Visa
  • Departure Tax (Allenby Bridge)
  • Departure Tax (Taba)
  • Tiket Masuk ke Tempat-Tempat Lawatan

Harga Tidak Termasuk

  • Travel Insurance Peribadi
  • Excess Baggage
  • Tips untuk Driver & Guide sebanyak USD $10/pax (Total USD $120/pax)
  • Tips untuk Porters di Airport/Hotel/Bilik
  • Tambahan Visa/Fuel/VAT Surcharge
  • COVID-19 Tests
  • Ziarah Tambahan (Jika ada)

Hotel

  • Amman - 4*Star Hotel
  • Baitulmaqdis - 4*Star Hotel
  • Cairo - 4*Star Hotel
CLICK HERE TO BOOK AN APPOINTMENT
× WhatsApp Now